Alhamdulillah, berakhir sudah satu lagi bab penting dalam bidang kokurikulum iaitu sukan tahunan sekolah. Tahun ni kali pertama SK Kuala Dipang mengadakan sukan di luar kawasan sekolah iaitu di Kompleks Sukan Rakan Muda yang terletak di Kampar. Walaupun cuaca panas terik, para jemputan , guru-guru dan murid-murid tetap bersemangat untuk menjalankan aktiviti sukan. Seawal pagi murid-murid bersedia di sekolah dan telah menaiki bas untuk dibawa ke kompleks ini. Mungkin ini adalah pengalaman baru bagi anak-anak ini untuk bertanding di tempat dan trek yang betul. Jelas terpancar kegembiraan di wajah mereka. Sekalung tahniah buat semua yang terlibat dalam penganjuran sukan pada kali ini terutama kepada Tuan Guru Besar SKKD, Encik Alwee Bin Hashim kerana banyak memberi tunjuk ajar dari segi persiapan padang dan balapan, guru-guru dan staff SK Kuala Dipang, pegawai balapan yang diketuai oleh Cikgu Shukri dan kawan-kawan yang datang memberi sokongan. Hanya Allah dapat membalas kebaikan kalian semua.
![]() |
| Bacaan Ikrar |
![]() |
| Semangat Kesukanan |
![]() |
| Acara tarik tali |




0 comments:
Post a Comment