Assalamualaikum..Kita masih lagi di bulan Syawal yang mulia. Alhamdulillah, masih dikurniakan kesihatan tubuh badan yang baik dan tenaga yang cukup untuk menjalankan kerja seharian. Raya tahun ni Chuain cuma berada di kampung selama 5 hari. Amat bersyukur kerana sempat juga berpuasa bersama ahli keluarga di kampung. Dengan jumlah adik-beradik bersama abang ipar dan adik ipar berserta anak-anak sedara, kiranya keluarga Chuain ni memang cukup besar.. Seronok rasanya dapat berkumpul bersama, bergambar bersama, gelak sama-sama, rasa happening sangat.. Rindu sangat kenangan semua tu... Harap lepas ni kita semua dapat berkumpul lagi... MAK? Pastinya amat gembira...terpancar di wajahnya...Anak-anak semua di depan mata walaupun Arwah Adi dan ayah telah tiada.. Mak tetap tenang seperti biasa.. AL-FATIHAH untuk ayah dan Adi.. Semasa di kampung ada ambil gambar bersama keluarga. Walaupun cuma guna hp yang tak seberapa, tapi Chuain cukup puas hati.... Semua ni dah ada atas meja Chuain, pada desktop, pada laptop...Kalau boleh kat mana-mana pun nak letak.. Sayang semua sekali....
 |
| Di rumah adik lelakiku, Aziman |
 |
| My love.. |
 |
| My big family |
0 comments:
Post a Comment