salam....kalau tengok title kat atas tu, mcm familiar bunyinya kan? yeah, Adi dan ayah merupakan satu tajuk cerita kanak-kanak di Ceria yang menjadi kegemaran anak-anak chuain di rumah. Tetapi, Adi dan ayah memberi pengertian yang lain dalam hidup chuain.. setiap kali mendengar tajuk tu, kepala chuain akan teringat akan dua insan istimewa yang sudah tiada di dunia ini... Arwah Adi, adik chuain dan arwah ayah, yang lebih dikenali sebagai Haji Wahid. Kalau diizinkan Allah, ingin chuain balik ke zaman remaja chuain yang waktu ketika itu kami semua bersama dalam satu keluarga. Teringat gaya ayah mendidik kami dulu. Arwah sangat tegas dalam mendidik kami sekeluarga untuk mendalami agama islam. teringat lagi setiap pagi arwah akan membangunkan kami untuk sembahyang subuh secara berjemaah. Kalau mak suruh bangun, pergerakan agak slow motion tapi kalau ayah jerit..." CUNIE, bangun, sembahyang subuh! Terus bingkas bangun dan bersedia atas tikar sembahyang...Ayah jadi imam, kami yang lain jadi makmum. alhamdulillah, sebab didikan ayah la semua tu menjadi kebiasaan bagi kami. Arwah Adi pula, meninggal kerana sakit jantung berlubang. Arwah meninggal semasa berumur 12 tahun. Doktor kata lubangnya sebesar duit syiling 50 sen. Seksanya lihat derita yang ditanggung adi. Betapa sakitnya dia, tapi nak diluahkan tak tahu macam mana. Adi sebenarnya seorang kanak2 istimewa. Down syndrome. Masa arwah masih kecil, doktor dah cakap adik takkan hidup lama. tapi Alhamdulillah sempat jugak kami bersamanya selama 12 tahun. Sepanjang 12 tahun, bagi kami, arwah adalah seorang budak yang tidak pernah menyusahkan kami sekeluarga, suka buat lawak dan selalu tersenyum. makanan kegemarannya tak lain tak bukan, roti canai! Dia teringin sangat nak ke sekolah. pernah sekali dia hilang dari rumah, rupa2nya dia ke sekolah. Agaknya itu la kali pertama dan yang terakhir dia ke sana. Waktu hayatnya dulu, sekolah khas masih belum wujud. Kat KL baru nak mula padawaktu tu. Kesian adi, tak sempat dia rasa semua tu...Kali terakhir chuain bersama Adi semasa raya aidilfitri 2003, sebulan sebelum meninggal. arwah memang suka bertakbir. Sampai sekarang masih tergiang2 di telinga dengar Adi bertakbir. masa tu juga dia minta chuain urutkan dadanya. Itu la kali terakhir chuain dengan adi. Masa arwah adi dan ayah meninggal, chuain berada di perak. hanya Allah yang tahu perasaan chuain pada masa tu...sedih, rasa bersalah, dan macam2 lagi. semuanya bercampur-baur... ayah dan adi...semoga berada bersama orang2 yang beriman. AMIN

0 comments:
Post a Comment