-->
CERITERA CIK CHUAIN

30 December 2008

Salam Maal Hijrah...Tahun Baru, Cite Baru..


Assalamualaikum... nampaknya sampai jugak kita ke tahun baru Islam 1430 H. Alhamdulillah, dikurniakan Allah tubuh badan yang sihat, suami yang sporting, anak2 yang keletah ( kadang2 tak terlayan karenahnya!!! ) keluarga yang memahami, jiran-jiran yang baik, kawan-kawan yang byk membantu, rezeki pun bertambah.... etc etc... Erm... tahun baru dah dekat bermakna our 8th anniversary pun dah tak lama lagi..tarikh keramat kami 24 01 01...tak sangka, dh hampir 8 tahun kami bersama. suka duka, pahit manis, susah senang kami tanggung sendiri. tambah lagi dengan anak2 yang agak lasak yang kadang2 mencabar kesabaran yang memang kurang sabar ni..hik hik hik... apa-apa pun, ALHAMDULILLAH kami berdua dapat atasi semua tu... untuk hubby, jgn lupa cari hadiah kaw2 sikit kat ummi ni..oh ya! terima kasih belikan suit warna putih ummi semalam!( klu ada masa nanti tunjuk! he he he ) ummi suka sgt baju tu.. klu rasa nk beli lagi, SILAKAN.. nyiru ummi tadahkan! OK, dari kami, salam Maal Hijrah1430H.

Posted by chuain at 11:54 AM 0 comments
Labels: just me

21 December 2008

Shopping...

Holla....! Hari ni apa-apa jadi pun nak jugak update blog ni…hampir seminggu tak update..life’s pretty hectic at the moment. Business, school stuff, kids, hubby, etc etc. Tapi Alhamdulillah, semalam dapat jugak bawa anak2 shopping kat TESCO. Kalau nak tahu rumah kami tak jauh dari TESCO tu. Lebih kurang…ermm 1 km kot… lebih kurang la tu… Yang paling happy selain ummi siapa ke lagi, tentu la anak-anak!!!! Wah! Secepat kilat mereka ni bersiap bila dengar abi sebut ‘ ok…!!!!! Siap cepat!!!! Lepas sembahyang gi TESCO!!!!!”. Macam dah tak sabar sangat nak sampai TESCO. Si Bebe ngan Min dah siap cakap nak kereta remote control…kakak pulak nak beg sekolah ngan mainan…tak tahu lagi apa nama mainan tu…capai aje bila berkenan… Ummi….? Pun tak tahu nak beli apa. Tengok dulu….
Kalau nak tahu…si bebe ( Ashman ) dah hampir seminggu duk belek katalog tesco tu.. pendek kata bukan katalog tesco aje, cosway, iklan suratkhabar,leaflet2 tawaran istimewa yang sampai kat rumah semua dia suka. Kadang2 sampai tidur pun dengan katalog tu. Well, I wonder where did Bebe get this attitude from? ??????? hah hah hah macam tak nak mengaku je…. Akhirnya sampai kat TESCO tercapai la hasrat min dan bebe nak beli kereta idamannya…( selamat la bonus abi bulan ni ) Maisara..????? tak tahu pulak dia nak ambik apa…ye la…takkan nak ambik kereta macam si bebe ngan min pulak… tak kena jiwa tu… last2… tahu apa dia nak? Ha…boleh la tengok gambar tu…2 in 1 kitchen and shop! Ermm…boleh tahan jugak harganya… mujur ada less 10%. Bukan main seronok lagi dia dapat benda tu…Sibuk duk tanya…ummi, mahal tak benda ni..? hai sampai tak terlayan kalau dia mula tanya soalan…. non-stop! Memang padan ngan nama barunya..chatterbox! once again, I wonder where did she get her naughty, banyak songeh and sengal attitude from? ?????? fikir….fikir…..fikir….dan fikir lagi….erm..masih tak nak mengaku lagi tu!!!!!Bila semua dah dapat.. rasa lega sikit….lepas ni tak payah lagi nak fikir beli baju sekolah, kasut, beg, stationery…semua dah beli..tunggu nak sekolah aje…makanan??? Jangan sebut…habis semua jenis donat, sushi, cheese cake diangkut sekali..........SEDAP!!!! badan pun dah serupa bangattttttttttttt dengan makanan tu…! Ermmm masa masukkan semua barang dalam kereta, baru perasan..aku ni beli apa ekk?? Hah? Takde???? Terpana seketika…punya banyak beli barang, untuk ummi satu pun takde???? Ni tak boleh jadi!!! Nak mainan jugak!!!!!ish! takkan mainan kot??? Last2 I pulled my kesian face and asked.. Bi, ummi punya takde apa2 ke??? Hehehe..abi jawab…nanti kita gi sekali lagi beli baju baru… macam tu baru best! Bukan apa sebelum ni pegi TESCO dah ada aim satu suit warna putih kat Peace Boutique! Tak kira, lepas ni tahu la apa chuain nak buat..Ok la…kat sini chuain ada sertakan gambar 2 in 1 kitchen and shop Maisara. Bagi chuain benda ni elok untuk anak-anak to play with. Mana tahu satu hari nanti dapat bukak kiosk kat TESCO tuh!!! Ha ha ha


Posted by chuain at 3:50 PM 0 comments
Labels: anak-anak

14 December 2008

Dari sahabatku, Deq Non...

ermmm...chuain terima sms ni dari seorang sahabat yang sangat baik dengan chuain sejak dari sekolah rendah lagi.... lepas tu belajar di tempat sama pada tahun 1997 di MPIK, Cheras. walaupun chuain tak bersama-sama menyambung pelajaran ke UK, dia tetap menghantar berita dari sana dan sampai sekarang walaupun distance kami agak jauh, masih lagi ingat antara satu sama lain... dia la norzalizan zakaria aka deq non aka topah aka nor aka ziana zain!!!! banyak suka duka kami tempoh bersama masa di cheras dulu.... kalau ada duit, kami sama2 ada duit... kalau time takde duit, kongsi duit beli roti pun pernah.. betul tak nor? aku tak akan lupa pada seorang kawan yg cukup baik ,memiliki hati dan personaliti yang menarik...itulah nor... thanks 4 being my friend!!! ni la sms yang dihantar oleh nor untuk Chuain..
"Ya Allah, jika rasulMu hidup bersahabat, kurniakan jua aku sahabat tapi biarlah sahabat-sahabat dari lorong-lorong yang membenarkanMu seperti kebenaran as-siddiq, biarlah sahabat-sahabat dari pintu-pintu ilmu Mu seperti Ali..Ya Allah, kiranya semua itu tak layak buatku, aku bersyukur dipertemukan sahabat yang satu ini... mungkin padanya letaknya apa yang aku impikan selama ini... tapi jika aku seorang sahabat yang tidak menghargai, kau ampunlah dosaku dan Engkau kurniakanlah kegembiraan kepadanya...." hu hu hu chuain rasa terharu sangat baca mesej ni sampai sekarang tak terbalas mesej deq non tu..sorry ye nor... nanti aku balas balik.... bagi chuain, nk cari seorang kawan bergelar sahabat memang susah sangat sekarang ni.... Alhamdulillah, setakat ini chuain ada tempat untuk mengadu itu dan ini....again.. tq!
Posted by chuain at 1:40 PM 4 comments
Labels: buddy

12 December 2008

Tahan Telinga di Hari Raya Korban..

Mak Chuain ni sporting sangat tau!

Masa konvo Silah di UPSI bulan Ogos yang lalu.

Salam blogging… selepas apa yang terjadi minggu lepas, rasa macam bersemangat semula nak blogging. Dalam seminggu ni rasa sedih tu semacam aje… tentu semua hairan kan kenapa chuain cakap macam ni… kalau korang nak tahu… CHUAIN @ CUNIE TAK JADI BALIK GANU MINGGU LEPAS!!!!! Konon kalau duk diam2 je kt blog ni orang tak tahu…TETAPI…. Seorang hamba Allah telah sesuka hati sahaja cite kat kotak jerit tuh…! Siap nanti kalau jumpa nko, DEQ NON! Ha ha ha… yang lawaknya siap minta izin nak type benda tuh kat situ…siap ugut lagi tu…WALAUPUN … aku cakap jangangggggg!!!!!! Mung wak jugok ye nor!!!!! Punah segala harapan nak cite pasal raya kat sini. Sori la semua ye….apa-apa pun chuain akan balik jugak near future. Jangan bimbang….kalau balik nanti akan ku ceriterakan apa yang berlaku kat sana… Sedih..sedih jugak… tapi raya korban tahun ni masih disambut walaupun sederhana. Tahun ni seperti tahun2 lepas, surau kat Bt putih mengadakan majlis korban bersama semua penduduk di sini. Alhamdulillah ada enam ekor lembu dan 3 ekor kambing dikorbankan pada tahun ini. Hubby juga ada ambil 1bahagian lembu hari tu.. Seawal pagi selepas sembahyang sunat aidiladha penduduk kg berada di surau untuk menjalankan ibadah korban. Kaum bapa melapah daging manakala kaum ibu menyediakan ramuan untuk jamuan tengahari. Ramai juga la yang datang hari tu seronok bila dapat berkumpul macam ni. At least dapat juga menghilangkan rasa duka nestapa yang terpendam… tunggu nak meletup je……..!!!!! Konon nak menghilangkan duka nestapa tapi bila ada orang mula bertanya…” AIKKK????? TAK BALIK GANU KE TAHUN NI???? Hati rasa semacam…. Bertambah sedih dan syahdu!!!! Setakat tanya macam boleh terima lagi tapi bila bunyinya macam dah mengusik jiwa, gelak-gelak, suke-suke, ngena-ngena…ermmm… rasa panas pulak cuping telinga ni! Lantas tanpa sedar aku menjawab..” karang tak pasal-pasal kena timpa hujan DAGING karang!!! Ha tanya la lagi, lagi…..lagi…dan lagi… mintak maaf banyak2 sapa2 yg chuain ada terjawab macam tu… tu kira secara tidak sedar la tu… kuang kuang kuang….sebenarnya chuain tahu mereka cuba nak hiburkan hati yang dah sedia PARAH ni! Anyway, TQ! Tak syok pulak takde gambar nak letak kat sini. Tu pasal letak gambar chuain ngan mak tu….Gambar2 ni chuain edit masa hari tak jd balik tu… sambil menangis air mata darah edit gambar ni…malu kat anak2 tengok.. rindu sangat kt mak dan adik beradik lagi 10 orang tu… ok…layannnnnnnnnnnnnnnn….

Posted by chuain at 10:37 AM 0 comments
Labels: just me

05 December 2008

Adios Amigos! Balik Kampung!

Picture by irwandy on Flickr
Assalamualaikum.. Hari ni chuain dah start kemas barang. nak balik kampung la katakan. bagi kawan2 yang tak tahu asal usul chuain, chuain ni anak jati Terengganu..GANU KITE!!!! Jangang maing-maing, makang ikang sokmo ning!!! hah hah hah.. sapa2 yang teringin nak masuk kelas bahasa Terengganu, nanti boleh daftar! tak payah bayar, free ajer...kite penuhkan pelbagai loghat bahasa kat sini. ok apa! so, untuk seminggu ni chuain berehat sekejap dari internet tak kira la ym ke, facebook ke, blog ke...( ni kira zone fav la ni ). balik kg ni chuain dah rancang macam2 dalam kepala. kalau tak hujan la. list kat bawah ni kira tempat wajib kena pergi.
1.rumah mak ( mestilah, wojikkk!!)
2. monsoon cup ( klu tak abih lagi )
3. naik kuda
4. minum kat gerai air buah gelas besar( besar gile gelasnya n pure)
5. cari keropok lekor, sata, sate ikan, etceteras ( harap ada la! i'm craving for it! )
6. pasar kedai payang
7. kedai dunia tudung ( sopping la!)
8. Mydin.... Giant.....( takpe, dekat ngan rumah jer..)
9. etceteras...etceteras.....etceteras
cukup la tu..bukan lama sangat kat sana...TENSION la..sekarang dah tak boleh balik sebulan mcm dulu....banyak kirija oooooo!!!

ok la. gotta go now... adios amigos!!!! catch u, not the fish.. later....
Posted by chuain at 1:23 PM 2 comments
Labels: just me

02 December 2008

warna-warni kehidupan

Holla! semalam Deq Non ada bagi sms pasal warna2 ni. rasa macam best pulak. publish kat sini pun ok jugak. boleh la tengok warna yang suit to your personality, ok?


PUTIH- PENDIAM
BIRU - JUJUR
MERAH - PANAS BARAN
HIJAU - PERAMAH
UNGU - COMEL
PINK - NAKAL
KUNING - MANJE
OREN - PERSONALITI MENARIK
KELABU - PANDAI JAGA HATI KAWAN
COKLAT - KELAKAR
JINGGA - BRUTAL

kalau chuain la, dari dulu sampai sekarang memang minat warna hijau dan ungu. macam betul je personaliti tu ngan chuain, kan? tapi Deq Non kata kelabu suits me the best! Entah la... tu mungkin her personal view about me. Anyway, tq Deq Non. Anda macamana? mesti ada warna yang sesuai untuk dipadankan untuk diri anda! Enjoyyyyyy!

Posted by chuain at 11:41 AM 0 comments
Labels: just me
Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Assignment updates! 5 Bestari

  • 1. Farah Hani
  • 2. Muhammad Firdaus
  • 3. Hidayah Hanim
  • 4. Fazreen Syahima
  • 5. Ikmal Hafiz
  • 6. Husna Khaleedah
  • 7. Ain Nur Husna
  • 8. Nurul Alleyssha Fazuin
  • 9. Faezawaty
  • 10. Muhammad Fakhruddin
  • 11. Ezzah Farhanah
  • 12. Nabiatul Huda
  • 13. Filzah Hanis

Jom Ikut Saya..

Recent Posts

ONLINE

Pengunjung

Powered by

My name analysis

Aziani has analyzed her name.
1:A - Admits mistakes easily
2:Z - Very focused towards goals
3:I - Considerate toward others
4:A - Has good stamina
5:N - Never gives up
6:I - Intuitive character

JUST MARRIED!

Loading...

Blog Archive

  • ►  2011 (28)
    • ►  October (3)
      • Blog untuk assignment TMK PJJ Upsi
      • Yang mana satu?
      • Kejohanan Olahraga Kali ke-38
    • ►  September (1)
      • Potret Hari Raya
    • ►  August (10)
      • Salam Aidilfitri..
      • Pelancaran Kempen Kibar Jalur Gemilang
      • Puasa Day 15
      • Puasa Day 10
      • Aiman-Cinta Terakhir
      • Puasa Day 5
      • Puasa Day 3
      • Puasa day 2
      • Puasa Day 1
      • Selamat datang, Ramadhan..
    • ►  July (2)
      • Alhamdulillah..
      • 11.7.2011 - 103
    • ►  May (1)
      • KALAU TAK SUKA PULANGKAN
    • ►  March (1)
      • Berita Harian Online | Guru lama dakwa susah naik ...
    • ►  February (5)
      • My work..
      • Photoshop & I
      • Cinta mon..yet!
      • Warkah Terakhir Rosli Dhoby..
      • Permata hati..
    • ►  January (5)
      • Pakej gambar 2011
      • Pi Toy Museum, Penang
      • Our 10th wedding anniversary ..
      • Hari Serah Tugas...
      • Terharu..
  • ►  2010 (25)
    • ►  December (3)
      • Rezeki Musim Cuti..
      • Nola Danish dan Alibah Noor
      • Top scorers...
    • ►  November (6)
      • Doa untuk ibu...
      • Alhamdulillah....
      • Ketaq lutut!!!!!
      • Miss you, Ayah!
      • November...Oh, November....
      • Dalam Kenangan Nenda Tercinta, Aishah Bt Mahmud
    • ►  October (6)
      • Rawan di hati
      • Insya Allah..by Maher Zain
      • Brochure sekolah..
      • Pertandingan senamrobik ala-ala cheerleading...
      • Cik Chuain lawat Balai Polis Kampar..
      • Mood Aidilfitri....
    • ►  September (1)
      • 4 Matahari Muncul Secara Bersamaan Di China
    • ►  August (8)
      • Masak bersama Cik Chuain - Bagedil To Pagal Hai@Po...
      • Masak bersama Cik Chuain-Ayam Goreng Madras
      • Sahabatku, Kirah...
      • ACS Kampar, 1 Malaysia!
      • Video persaraan Mrs. Lee Swok Chin..
      • Shhh! Shhh! Queue Shhh!!!
    • ►  July (1)
  • ►  2009 (34)
    • ►  November (3)
    • ►  October (2)
    • ►  August (4)
    • ►  July (4)
    • ►  June (5)
    • ►  May (4)
    • ►  April (6)
    • ►  March (2)
    • ►  February (1)
    • ►  January (3)
  • ▼  2008 (23)
    • ▼  December (6)
      • Salam Maal Hijrah...Tahun Baru, Cite Baru..
      • Shopping...
      • Dari sahabatku, Deq Non...
      • Tahan Telinga di Hari Raya Korban..
      • Adios Amigos! Balik Kampung!
      • warna-warni kehidupan
    • ►  November (13)
    • ►  October (1)
    • ►  September (3)

About Me

My Photo
chuain
KUCH KUCH HOTA HAI! ha ha ha straight to the point! actually i'm a big fan of Shah Rukh khan. WHY? my hubby resembles him a lot! I have a small collection of Bollywood movies in my head and Kuch Kuch Hota Hai is one of the best I ever seen....I hope our love will last forever! Love you hubby and of course our super duper active kids..
View my complete profile

Asma Ul-Husna

Site Sponsors

Facebook

Aziani Mohamad's Profile
Aziani Mohamad's Facebook Profile

Wall of fame

Wall of fame

Our anniversary just around the corner!

Daisypath Next Aniversary PicDaisypath Next Aniversary Ticker

NURUL IMAN MAISARA @ YOURSARA

Lilypie Kids birthday PicLilypie Kids birthday Ticker

AHMAD SULAIMAN HAZMIN

Lilypie 5th Birthday PicLilypie 5th Birthday Ticker

AHMAD FARIS ASHMAN

Lilypie 4th Birthday PicLilypie 4th Birthday Ticker

KOTAK JERIT!


ShoutMix chat widget
Wowzio
grab this · blog

coti-coti malaysia!

Recent Comments

Kenangan kami berdua..

Gambar Kenangan Kita Berdua
Chuain
Hubby

Sedondon

Sedondon

My Blog List

  • Terengganu digital batik collection
    9 hours ago
  • Malaymoviesfull
    21 hours ago
  • diyanazman.com
    1 day ago
  • INDAHNYA KEHIDUPAN
    1 day ago
  • Mas des Fontaine Homemade Chocolate
    1 week ago
  • SELAMAT DATANG KE BLOG KIEYSHA
    2 months ago
  • Dyea Irdina
    2 months ago
  • !Hidup Perlu Ada sivik!
    3 months ago
  • My Journal
    10 months ago
  • Rizal Tukang Gambo 0125633677
    1 year ago
  • PhysicZ StyleZ
    1 year ago
  • Fashionista Diva
  • SPENDA PINTAL GETAH
Template images by merrymoonmary. Powered by Blogger.